Wednesday, April 8, 2015

char kiew tiau

Dulu saya pernah niaga char kiew tiau smpai dapat gelaran ina char kiew tiau....
mmmmmmmmmmm......di sini saya ingin share resipi kiew tiau saya pada sape2 berminat selamat mencuba nak buat bisness pun leh lepas tu dan inshaALLAH sukses lambat laun nanti tu. Yang penting niaga ni buat elok2, bersih, berkualiti dan harga pun berpatutan, customer pun akan cari dan mereka juga akan jadi agen iklan kita..Kita x yah iklan teruk2 pun dan belanja bnyk kat situ, buat jer elok2 dan berkualiti, inshaaALLAH maju.

Bisnes ni macam darah daging saya kot, sebab makayah pun suka berniaga termasuk datuk nenek dan moyang saya, ahli famili pun rame yang suka berniaga, tu lah saya kata darah daging kot.   Niaga kiew tiau ni salah datu bisnes saya buat dan yang paling sukses kot...cuma terpaksa berhenti sebab berhijrah ke tempat lain dan sukar dapat lokasi yang sesuai dan masa terhad di tengah jalan.

Skill dan rahsia resipi tu masih dengan saya lah, sape2 nak makan bila dtng rumah saya, bagi tahu jer..Cuma sekarang ni saya bikin bisnes lain seperti tuan/puan maklum 3 produk saya tu dan bisnes Tone Excel, Referral Program yang santai2 tu. Kalo rajin boleh dapat lebih dari bisnes2 saya dulu dan x ler penat sangat kot..Shaklee pun saya cuba promote juga sebab semua tahu yang produk tu bermutu tinggi dan baik untuk jaga kesihatan kita. Bisnes tu x wajib dan sampingan je, jaga kesihatan dan jimat wang kita dulu termasuklah bisness simkad saya tu.






nak resipi ni ya, sabar sat noo......esok kita sambung lagi.....inshaALLAH....

resipi char kiew tiau 

bahan2 sambal;

cili kering.
1 labu bawang besar
6ulas bawang putih
2sudu udang kering
garam dn kiup ikan bilis
cili kering, bawang besar,bawang putih n udang kering kisar halus
kemudian tumis bahan yg d kisar td masukan garam dn kiup ikan bilis    
msk sampai pekat

sosnya; 

1cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis kipas udang
1/2 cawan kicap masin kipas udang 
10 cawan air panas
campur semua dn kacau hingga hingga sebati

bahan utk char kiew tiau
kiew basah 
udang sederhana besar
kucai 
tauge
telur
minyak

cara2 membuat char kiew tiau;

panaskn minyak 1sudu.k.masukan 3ekor udang..masukan 1sudu sambal lepas tu masuk sejemput kiew tiau kacau sekejap masukan sayur dn telur akhir sekali masukan 1senduk sos dn angkat utk d makan kalau nk lebih sedap tabur lada sulah sedikit
ini untuk sepinggan char kiew tiau sahaja

selamat mencuba......

1 comment:

  1. Smgt taip nmpk
    Bgus2 satu perkembangan sihat tu dan tambah ilmu lgi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...